Baik suami atau isteri, kedua–duanya perlu
mengamalkan aktiviti mengurut batin supaya sentiasa segar dan hangat ketika
melakukan hubungan seks. Batin yang kuat akan memastikan si suami dan isteri
sentiasa bernafsu seperti anak dara dan teruna ketika melakukan hubungan seks
di mana hubungan tersebut akan sentiasa memberi kepuasan dan nikmat.
Di dalam artikel ini saya akan fokuskan pada cara urutbatin wanita di mana ia sangat mudah untuk di lakukan. Fokus utama urut batin wanita adalah anda perlu kuatkan bahagian rahim wanita dan dalam masa
yang sama membuang angin–angin yang tersimpan di bahagian peranakan .
Angin–angin inilah yang menganggu prestasi seks wanita.
Berikut adalah beberapa cara urut batin wanita
di mana si suami boleh mengurut sendiri isteri mereka:
- Cara urut batin wanita adalah dengan meminta si isteri untuk baring terlentang. Urutkan dari tapak kaki sehingga ke bahagian peha. Urut dengan lembut saja. Apabila anda terjumpa tempat yang keras iaitu tempat urat bersimpul, anda urutkan dengan kekuatan yang keras sedikit supaya urat–urat kembali lurus. Urut dengan sekali lalu sahaja.
- Kemudian anda minta si isteri untuk meniarap. Urut dari bahagian betis sehingga ke bahagian peha. Urut di bahagian betis selama satu minit. Kemudian, anda urut di bahagian peha selama 1 minit juga.
- Kemudian, anda urut bahagian pinggang sebelah bawah, ke bahagian pinggul dan pada bahagian bawah vagina. Urut sebanyak 7 kali.
- Kemudian, anda minta isteri anda berbaring secara terlentang. Urut bahagian kiri pusat sehingga ke pangkal vagina. Urut dengan kekuatan yang sederhana di bahagian pusat dan lembut di bahagian pangkal vagina. Ulang urutan sebanyak 7 kali.