Besar Pahala Ibu yang sedang mengandung ni, malah sewaktu melahirkan anak segala dosa si ibu akan di ampunkan Allah yang maha pengampun.
Terdapat 9 Kelebihan Ibu Mengandung Dalam Islam
- Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
- Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
- Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
- Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
- Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.