Mengikut
fahaman saintifik , lubang najis ketika wanita itu masih dalm perut ibu adalah
bersatu dengan salur faraj dan kemudiannya kedua-dua saluran itu terasing. Jadi
tidak hairan jika terdengar yang sebilangan kecil wanita teras lebih terangsang
jika salur najisnya dirangsang dengan jari atau dengan ereksi pasangan.
Hubungan
liwat dianggap sebagai hubungan seksual luar tabii dan dari segi hukum
ubdang-undang negara jika disabit kesalahan boleh dihukum.Mengikut Islam
perilaku meliwat adalah dilarang sama sekali kerana elemen luar tabii, HARAM
hukumnya.
Faraj direka Tuhan untuk ereksi lelaki, tempat yang sesuai untuk salurkan sperma untuk mendapat zuriat.Ini tidak berlaku jika hubungan seksual dilakukan di dalam lubang najis.
Oleh
kerana lubang najis itu sensetif dan mengandungi mukosa yang nipis
berkemungkinan ia boleh tercedera dan juga berisiko kepada perempuan untuk
mendapat buasir jika otot dinding salur najis terkoyak.
Melakukan
hubungan penetratif seksual ke dalam faraj selepas selesai melakukan hubungan
penetratif ke dalam lubang najis akan memberi risiko jangkitan kepada faraj.Ini
kerana lubang najis terdapat banyak kuman dan kulat yang boleh mengakibatkan
keradangan dan bau kepada faraj.Jika ini berlaku, wanita itu mempunyai risiko
tinggi mengalami jangkitan faraj dan masalah kesuburan jika jangkitan merebak
ke selaput endometrium dan salur telur.
Perkara
yang sering berlaku adalah, lelaki yang seronok dengan hubungan penetratif
seksual ke dalam lubang najis akan terus ketagih dengan hubungan itu yang
kononnya lebih sempit dan amat terangsang jika dibandingkan dengan hubungan
seksual di faraj.Sebenarnya ini hanya pendapat dan pilihan individu sahaja.
Kajian
menunjukkan yang faraj wanita memang tempat sesuai untuk melakukan hubungan
penetratif seksual.Faraj dalam kawalan wanita dan dia boleh menyempitkan atau
mengembangkan saluran itu mengikut usaha dan dayanya.Anggota sulit wanita
mengandungi banyak bahagian yang boleh merangsang wanita seperti klitoris,
bibir kecil, U-spot, G-spot (langit faraj) P-spot dan C-spot dalam faraj, jika
di bandingkan dengan salur najis yang hanya mengandungi satu tempat yang
merangsangkan dan ini pun hanya terdapat kepada sebahgian kecil wanita.