Kenali "Titik Keghairahan Pada Wanita" Ramai wanita memberi
pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai
mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan. Majoriti wanita
melaporkan bahawa kehangatan seksual bermula daripada kawasan vagina,
iaitu bahagian bawah trek pembiakan perempuan. Malah ada juga
memberitahu, proses tersebut melibatkan pembuangan cecair daripada tiub
uretra, yang berfungsi sebagai duktus ejakulasi. Cecair itu kelihatan
seperti susu cair. Menurut kajian yang dilakukan Ketua Setiausaha,
Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, titik
Grafenberg atau lebih dikenali sebagai G-spot (titik keghairahan),
adalah kawasan kemuncak kenikmatan seksual dan merupakan kawasan paling
sensitif di dinding vagina.
==>Cara Atasi Masalah Cepat Pancut
==>Cara Atasi Masalah Cepat Pancut
DR. BEVERLY WHIPPLE sewaktu membentangkan laporan mengenai kerunsingan wanita terhadap Hubungan Seksual di Kuala Lumpur baru-baru ini. |
Kajian seksual yang dilakukan bersama Pakar Seksualiti, Dr. John
Perry itu telah menamakan titik Grafenberg selepas Dr. Ernst Grafenber
menulis artikel berkaitan seksual pada tahun 1950.
Katanya, G spot tidak terletak pada dinding vagina, tetapi ia boleh
dirasai di seluruh kawasan tersebut. Selalunya, keghairahan itu boleh
dirasai di antara bahagian bawah tulang pubik dan serviks. Rasanya juga
seperti ketulan kecil yang membonjol atau berlegar di kawasan
rangsangan.
“Apabila kali pertama pasangan menyentuh kawasan tersebut, ramai
wanita memberi maklum balas bahawa apabila mereka sedang dirangsang,
mereka merasakan seakan-akan seperti hendak membuang air kecil, walaupun
ketika itu pundi kencing tidak mengumpul air kencing.
“Bagaimanapun, anda seharusnya memberikan masa dua hingga 10 minit
untuk mengurut atau bermain di kawasan tersebut, agar dapat menguatkan
lagi tahap kepuasan seksual.
“Perkara yang menimbulkan masalah bagi wanita itu sendiri ialah
mereka sukar mengetahui kawasan rangsangan titik keghairahan dan berasa
sakit sewaktu pasangan menyentuh di kawasan vagina, kecuali menggunakan
alat perangsang seks seperti dildo atau vibrator,”
katanya pada
pembentangan kajian yang dijalankan pada tahun 2008, bertajuk
Kerunsingan Wanita Terhadap Hubungan Seksual, bertempat di Tenji
Japanese Restaurant, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lebih menyukarkan wanita, jelasnya lagi ialah untuk merasai titik G
spot dengan sendirinya, dimana anda memerlukan saiz jari yang panjang
atau vagina yang pendek untuk mencapai kawasan tersebut ketika anda
berbaring di atas katil.
Sementara itu, Whipple berkata, lebih ramai wanita melaporkan bahawa
mereka lebih senang merasai puncak keghairahan G spot dengan sendirinya
sewaktu berada di dalam tandas.
“Selepas membuang air kecil, mereka akan meneroka seluruh kawasan
hadapan (atas dan bawah), dinding vagina sehingga ke kawasan bawah
pusat,” tambahnya.
Gambarajah G-spot
Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka juga berkata, mereka lebih
selesa dengan cara meneroka kawasan bawah perut, dekat organ seks dengan
tangan, sehingga di kawasan bawah tulang pubik atau di bahagian atas
garisan bulu pubik.
“Anda memerlukan tekanan yang kuat apabila pasangan menyentuh
klitoris dan anda juga akan merasai nikmat kepuasan apabila pasangan
melakukan rangsangan terhadap klitoris (biji kelentit),” beritahu Whipple.
Selepas meneroka titik G spot itu, anda sudah pastinya mahu berkongsi
pengalaman itu bersama pasangan. Titik keghairahan akan lebih
terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari atau kemaluannya.
Manakala posisi paling mudah untuk merasai kenikmatan bersama ialah apabila wanita berada di atas pasangannya.
“Mereka secara automatik akan merasai kehangatannya dan menjadi lebih
selesa dan gembira setelah sama-sama mencapai puncak kenikmatan seks.
“Namun, paling penting anda seharusnya menjelaskan ketidakselesaan
yang dirasai sewaktu pasangan sedang meneroka titik keghairahan anda,”
tambahnya.
"Abang ni selalu pancut awal "kata Isteri anda..jadi apa tindakan ANDA?gunakan
sumber:paaduu.com